pesanan BUAT setiap hati yang PERNAH keceWA

pESAnan buat setiap hati ::
Simpanlah sedikit kekuatan yang ada dalam hati..agar bila diri mula terdesak meronta kekecewaan,ada lagi sisa kekuatan yang disimpan itu.percayalah pada KUN FA YA KUN ALLAH kerna kita hambanya yang terlalu daif..Dia yang mencatur setiap langkah yang kita pelajari sekarang
~nurhidayahmd.ali~

JOM ikut~IKUT :D

Tuesday, 9 July 2013

harap

Aku harap,
bila aku buka mata nanti.

hilang semua rasa cinta
pada yang tak tersambut

atau

pada yang dah terlumat hancur.

p/s: susah jadi aku

dah kenapa

Dah kenapa,
iman semakin goyah,
amarah yang dipilih menjadi raja,
luka dibiar kian memarah.

Dah kenapa,
dengan kau?

apa yang tak bahagia sangat?

kena

cerita cinta kita yang semalam.
biarkan semalam.

hari ini,
hari baru.

--pejam mata--
--tarik nafas--
--lepas--

hidup kena bahagia!

buku

Buku semalam,
aku nak padam--

Perasaan semalam,
aku nak bakar--

Luka semalam,
aku nak cuci--

Benci semalam,
aku nak ranapkan--

Bila ada tikanya,
akan kau rasa bagai mahu padam,bakar,cuci & ranapkan apa yang penah kau milikkan.

p/s: aku harap, aku mampu.

dan

Dan sebenarnya--

aku tak mahu peduli pun,
apa yang kau rasa,
apa yang kau pilih,

sebab aku,
memang pentingkan apa ada pada diri aku.

ia,
unik.

bagi aku--

lelaki

lelaki,
yang tak pandai berbahasa.

A.N.O.Y.Y.I.N.G.

suka kau parahkan diri aku.
suka kau barahkan hati aku.
suka kau amarahkan marah aku.

sumpah.
B.E.N.C.I.

maaf

dalam banyak-banyak
yang kau suka--

mesti akan ada yang kau tak suka.

tak boleh paksa aku,
untuk suka apa yang aku tak suka.

maaf, pangeran!
aku tak suka dikau.

ah.
suara pun aku tak mahu dengar

ah.
sebab aku dah tak suka.
apa lagi mau paksa.

selepas

Hari selepas hujan ini,

aku pilih untuk bediri
tanpa memandang dia.

bergolak.

peduli apa, kan
mind set dah bertukar.
move on babe.

Sunday, 7 July 2013

masa

masa, nak diangkat takbir
nak menyerah selemah dan serendah diri

itulah time dia berasak nak datang.
berebut-rebut-
berbisik-bisik-

nak kasi fikir, apa yang aku tak buat tadi ya?
nasi dah masak ke belum?
oh, yaa..minah pinjam duit bulan 1 tahun lepas tak bayar lagi?
eh, seman kirim salam kat aku tadi?
dah kenapa pulak telekung aku rasa macam senget nih.
aik, 3 rakaat ke 2 ntah? satu kot
alaa, kucing tak bagi makan lagi, tapi tadi dia kencing tepi kasut aku-DENDA-posa kau arini kucing!~

demyuuu shaitonn, demyuu shaiton

cuba

cuba sesekali jalan,

bagi konfiden level tahap paling tinggi cecah helang.

biar tutup sikit,
apa kurangnya kau kat mata dorang.

well said :
we are not born to be entertainer for them

p/s: cool kan? hidup dan pijak guna kaki sendiri rather than pinjam kaki orang nak berlakon jadi tempang, supaya orang kesian

p/ss: caption-OUT

ada

kalau esok orang pilih nak hina kau, kawan-

tak apa.

aku ada.

dan aku sentiasa ada walaupun dah tiada.

honest

to be honest-
aku tak percaya sangat
with all janji-janji manis orang

haha

sebab,
aku selalu sering,
di-per-dajal-kan

serious,  tak best.

keep calm, & blah.

letih

Dah kenapa
kadang-kadang datang satu perasaan
macam "stranger" di tempat sendiri--

angin apa yang dah bertiup,
sampai terasa terasing.

haihh,
perasaan sendiri.
nak suruh back-to-bad-mood lagi lah tu

letih, jadi perempuan

p/s : dahtu, kau nak jadi apa?

tak percaya

one, two, three

in just three second.

i'am fall in love.

p/s: aku tak percaya sepantas itu. aku tak pernah rasa. atau mungkin kalau aku pernah rasa, aku langsung tak ambil peduli. demyuu shaiton, demyu shaitonn

malu

kalaulah boleh di-kenal-pasti-kan
siapalah yang selalu cari kau dalam senyap.

mestilah aku manusia paling malu

p/s: dah tak tahu nak letak sudut mana muka.

lupa

serasa nak menulis.
dingin malam ini lain macam

hati berbaur .
tak pasti apa, kenapa

maaflah hati,
aku dah lama tak ambik peduli pasal kau

sebuk aku uruskan,
hari-hari esok.


faham

kejatuhan kita sebelum ini,
mereka tak mengerti.

kita teresak di hujung malam
hingga mata membengkak merah
mereka tak mengerti.

kita mendakap sepi rindu pada yang kejauhan
mereka tak mengerti

kita diam membisu kaku, lemah
merela tak mengerti

maka,
hari ini ,
jangan didatang seperti kau faham aku.

sudah memang kau tak faham kan?

merasa

kalau duduk di hujung sudut tempat aku,
jangan ditoleh hina andai sayang tak mampu.

sebab aku mudah merasa.
merasa tak enak.

bertahan

sendiri itu perlu.
ia tunjuk kuat,
kuat bertahan pada diri sendiri
tanpa bergantungan.

memang sunyi.
tapi pasti akan terbiasa,
namun,
sebelum nak dibiasakan
belajarlah dulu BERTAHAN.