"Astaghfirullah halazim........,apa yang aku fikirkan ni..sampai jatuh habis gelas air aku ni..mujur mak tak ada",sempat lagi Aya bermonolog dengan dirinya. Pantas sahaja isyarat sampai ke otaknya dan tangannya terus mencapai batang penyapu di sudut gelap dapur rumahnya.
"Ha.............kau pecahkan gelas mak...aku bagitau mak bila mak balik kejap lagi.Tak guna betul,tak habis-habis bawak masalah!"ugut kakaknya.
Setelah beberapa minit,emak pun pulang kerumah.Banyak barang yang dibeli mak di pasar tadi.Kelihatan percikan embun panas di dahi mak."Barangkali cuaca kat luar panas terik agaknya,"bisik Aya sendirian.
Tika angin dingin di luar rumah masih lagi bertiup kencang bagai tidak ada rasa malu untuk berhenti ,ada angin yang lain pula muncul di dalam rumah Aya.
Kali ini Aya pasti bahawa angin ini bukan sebarang angin kerana silap hari bulan boleh hancur lebur dirinya.Dia juga sudah mulai rasa bahang lava yang sedang meluap-luap dan bakal memuntahkan kesemuanya sekejap masa sahaja lagi.
"Bodoh!Anak bodoh....dari kecil sampai besar engkau tak pernah berhenti menyusahkan aku.Dari bapak kau hidup sampai dah reput dalam tanah pun engkau masih lagi bagi masalah dekat aku,"dada emak mula turun naik,muka emak pula sudah kelihatan merah padam macam buah delima yang sedang masak merekah.Dengan jelas sekali Aya dapat melihatnya.
"Apalagi yang engkau nak?.......Aku benci ada anak bodoh macam kau!! Anak pembawa sial."lantang emak lagi.
"Sudahlah mak..Tak guna mak cakap dengan budak ni,bukannya dia faham pun.Dia kan bodoh.Pembawa sial"kini kakak mula bicara.
Air matanya mula mengalir."BODOH".Itulah perkataan yang harus dia telan saban hari.
Aya kecewa memikirkan segala yang menimpanya.Kenapa dia yang terheret ke lembah derita ini?Kenapa bukan orang lain?
Mutiara panas mula mengalir diwajah polosnya itu.Hanya itu sahaja juga kudrat yang mampu dia lakukan tika ini,moga emak mengerti perasaannya.
Pang...........satu tamparan singgah di pipi kananya.Segala lamunan sebentar tadi juga lenyap begitu sahaja.
Selepas beberapa jam di Hospital Pusrawi,emak mula tersedar.Kelibat kakak langsung tak kelihatan.Mungkin dia keluar bersama teman lelakinya yang dilihat sebentar tadi.Mereka beriringan berpegangan tangan menuju ke motosikal RXZ berwarna hitam milik teman lelaki kakak.
Aya mula mengenggam erat jari-jemari emaknya tatkala melihat reaksi insan disayangi itu. Emak mulai membuka mata.Tangan tuanya pula mula bergerak-gerak perlahan.
"Mak...........ni Aya.Mak,Aya nak minta maaf sangat-sangat sebab dah buat mak jadi macam ni.Aya tak nak kehilangan mak.Aya tak boleh hidup tanpa mak.Ampunkan Aya mak........"rintih Aya pada emaknya meskipun dia tahu bahawa emaknya masih lagi menanam api kemarahan kepadanya meskipun kini emak terlantar di hospital dek kerana penyakit darah tingginya yang menyerang.Aya tak pasti sampai bila perasaan emaknya akan terus begini.
Saban hari Aya menjaga ibunya tanpa rasa lelah atau penat sekelumit pun.Dia tahu syurga di bawah telapak emaknya dan didalam hidupnya kini hanya ada emak dan kakaknya sahaja.Aya tak mahu melukakan hati emaknya lagi.
Tapi dimana kakak?
Sejak emak terlantar sakit,tak pernah sekali pun Aya melihat batang hidungnya.Malah di rumah pun Aya langsung tak melihat kelibat kakaknya itu juga.Dia masih marah padaku?Lupakah dia pada emak yang tengah sakit itu?
"Huh........"hanya dengusan panjang yang mampu dikeluarkan tika ini.
Tetapi yang sedikit membahagiakan Aya tika ini pabila,emaknya mula kelihatan berlembut sikit padanya.Tiada lagi 'BODOH" itu,walaupun kadang-kala Aya melihat ibunya seperti cuba mengelak dari bercakap dengannya.Mungkin emak masih sakit.Itulah telahan dia buat setiap kali persoalan itu menjengah di lubuk hatinya.
Tatkala matanya sedang irik mencari milik siapa kucupan itu, Aya terlihat wajah kudus emaknya meskipun persekitaran bilik emaknya itu agak malap kerana hanya lampu meja yang dinyalakan.
Ya,emaknya yang mengucup dirinya sebentar tadi.Aya pasti..Namun mungkinkan juga dia hanya bermimpi?
Demi mencari sebuah kepastian yang dirasakannya sangat perlu,Aya terus sahaja memetik suis lampu utama bilik itu.
Terpana seketika Aya apabila melihat ibunya yang sedang menangis teresak-esak sambil memandang tepat kearahnya.Terkumat-kamit mulut emak tika itu seperti ada yang mahu diluahkan.
Aya memandang wajah kudus emaknya itu.
Emak menagis teresak-esak bagai anak kecil sambil memeluknya seakan-akan tak mahu melepaskan dirinya.
"Mak......"bergetar-getar suara Aya.
"Adik.......tak pernah marah mak.Adik sayang mak.Adik hanya ada mak dengan kakak,adik tak pernah kisah bila mak marahkan adik.Adik tak pernah benci mak..........Adik mintak ampun sebab adik dah banyak menyusahkan mak,"luah Aya .Berjurai air matanya membasahi bumi Allah.
Baru kini Aya berpeluang menggunakan panggilan "adik" setelah dia tak mampu menggunakannya lebih kurang 10 tahun lalu.Itulah panggilan manja dari seluruh ahli keluarganya dulu.Panggilan itulah yang sangat dirindui bertahun-tahun.Kini Aya mula yakin pada KUN FA YA KUN Allah.
Aya merasakan seperti dihidupkan kembali.Dia juga sudah dapat merasakan pelukan hangat emaknya yang bertahun lama didambakannya.
Ya, dia sudah mula merasa bahagia.Hanya Allah yang tahu betapa dia perlu untuk melalui semua ini setelah bertahun-tahun "hidupnya" hancur lebur.
"Terima kasih Tuhan.....Terima kasih abah,sebab selalu muncul dalam mimpi adik dan bagi kata semangat serta dorongan pada adik agar tak membenci mak dan kakak.Terima kasih sekali lagi sebab abah selalu pujuk adik setiap kali kita berjumpa di dalam mimpi,"katanya dalam sujud di lanjut malam itu.Sebuah sujud dari hamba untuk Penciptanya.Sujud yang ikhlasnya hanya Allah yang mampu menilai.
Aya juga tak lepas dari memanjatkan kesyukuran pada Allah di atas kebahagiaan yang dia kecapi sekarang ini dan dia juga bermohon agar Tuhan bukakan pintu hati kakaknya untuk berubah dari terus hanyut di dalam dunia maksiat yang "dicipta" sendiri itu.
Aya mahu merasai kebahagiaan ini bersama kakaknya itu juga kerana ARYANA percaya pada KUN FA YA KUN ALLAH..yang tak pernah berbohong padanya.
Aya yakin dan pasti setiap perkara yang bermula pasti akan berakhir.Dan dia yakin kini,kemarau hidupnya telah tamat.
Aya yakin dan pasti setiap perkara yang bermula pasti akan berakhir.Dan dia yakin kini,kemarau hidupnya telah tamat.
Tika tangan leka menyapu sisa-sisa kecil kaca yang bertaburan ,Aya terlopong melihat kakaknya yang sudah bercekik pinggang berdiri betul-betul dibelakngnya. Dari mimik muka kakaknya itu yang persis kakak tiri Cinderella,Aya sudah mula mengerti apa habuan yang akan diterimanya nanti.
"Itulah,bila buat kerja tak pernah nak fokus.Mengelamun tak habis-habis.....nanti apa kau nak jawab dengan mak bila mak tahu yang kau dah pecahkan gelasnya?.Tak habis-habis menyusahkan aku dengan mak saja.........,bodoh..."kakak terus mengherdik Aya .Dia seolah-olah lupa bahawa orang dihadapannya itu satu-satunya adik kandung,seibu sebapa,sedarah sedaging.
"Mungkin dia lupa agaknya,"bisik hati kecil Aya.
Setiap kali Aya dimarahi hatinya pasti mudah saja tersentuh .Dia sendiri tidak pasti kenapa hatinya terlalu lembut .
Hatinya seolah-olah span yang sering menyerap kata-kata nista.Sangat menyakitkan.
Namun,baginya itu adalah perkara biasa kerana ini bukan pertama kalinya dia mendengar "kata-kata indah"seperti itu.
Sepanjang hidupnya kata-kata itulah juga yang sering ditelan saban hari dan saban waktu .
Kini insan yang bernama, Aryana Ahmad Aziz sudah semakin lali,barangkali dia sudah terbiasa.
Namun belum sempat orang tua itu melepaskan lelahnya,kakak terus sahaja bercerita tentang kejadian tadi.Kejadian gelas pecah di dapur.Kakak memang begitu,apa sahaja salah yang dilakukannya sama ada sebesar kuman sekali pun pasti dialah yang akan menjadi wartawan yang tak bertauliah untuk melaporkan kepada ibu.
Aya sudah menduga.Dia tahu itu pasti angkara kakaknya yang tak pernah puas menyakitkan hatinya.Kakak yang pertama dan terakhir.Kakak yang suatu ketika dulunya sangat baik dan lemah-lembut.
Ibunya yang tadi tersandar di kerusi malas kini suda mula berdiri dan memandang wajahnya tanpa kelip sedikit pun.Dan yang pasti kakaknya itu pula sudah mula terenyum sinis padanya.Barangkali kakanya merasa puas pabila dimarahi oleh ibu.Sedikit pun tiada riak bersalah di muka insan yang dia sayangi itu.
Ya,ibu sedang menahan marahnya padaku.Tapi tak akanlah hanya kerana sebiji gelas aku diherdik sebegini rupa."Tak ada sayang langsungkah jauh di sudut hati ibu untuk aku,"bisik hati kecil Aya
Hatinya berdarah lagi.Kini fikirannya melayang mengenang sejarah 10 tahun lalu,sejarah yang tak mungkin akan dia lupa samapai bila-bila.Ya,kerana peristiwa itulah Aya yakin dirinya bagai dibuang oleh ibu kandung sendiri.
Ini semua kerana kejadian 10 tahun lalu,kerana kemalangan itu!
Kemalangan itu yang mengheret aku sehingga menjadi sebegini rupa.Abah mati sebab kemalangan itu.Sewaktu abah membawa aku pergi membeli baju sekolah .
Kami kemalangan.Kereta abah terbabas dan melanggar belakang sebuah bas.Sejak dari itu,Aya sering dipersalahkan.Dialah yang membawa sial sehingga menyebabkan kematian abah.Kalau bukan kerana dia yang mengajak abah pergi membeli baju sekola pasti abah masih hidup sampai sekarang.Pasti dia tidak akan dimarahi.
Dek kerana tak sanggup melupakan kejadian yang meragut insan yang tersayang itulah,Aya menjadi tekanan,Hidupnya menjadi sangat terkekan tatkala semua orang menyalahkan dirinya dengan apa yang jadi.Mereka semua lupa pada KUN FA YA KUN Allah.Mereka lupa yang hidup dan mati ADA DI tangan Allah.
Semua orang menyalahkan dirinya tentang kematian abah.
Itulah yang sering dipersoalkan oleh hati kecilnya.
Tangan tua emaknya masih lagi terasa berbisa tatkala menamparnya tadi.Tapi,Aya merelakannya kalau itu harga yang perlu dibayar untuk menenangkan amarah emaknya.Tatkala emak mahu mengangkat tangan kirinya pula untuk menmpar pipi Aya yang sebelah lagi,tiba-tiba wajah emaknya menjadi pucat.Emak berundur kebelakang selangkah.Tangan kanan emak memegang kepala.Belum sempat jam berdetik menghabiskan satu pusingan jam,emaknya rebah ke bumi tak sedarkan diri.
Abah tak mungkin kembali.Abah dah lama pergi dan pasti bahagia disana.Aya pasti.
Emaknya pula tak habis-habis memanggil kakaknya.Rindu barangkali.
Pada satu malam yang penuh dingin,Aya terjaga dari lenanya.Dia merasa ada seseorang yang sedang mengucupnya.Aya juga merasa ada beberapa titisan mutiara panas yang jatuh ke atas pipinya.
Wajah yang sangat dirinduinya.Terus Aya mencapai tangan ibunya dan mengenggam erat tangan milik emaknya itu.
Biarlah emak merasakan apa yang dia rasakan kini.Rindu yang semakin menggigit tubuh.Rindu yang tak mampu untuk diselindung lagi.Aya pasti kebahagiaan akan menjadi miliknya sebentar lagi.
"Adik.......emak minta maaf sangat-sangat atas segala dosa emak pada adik.Emak minta ampun dik...,mak dah buat adik menangis,terluka...mak mintak ampun adik......"
Aya cuba mengambil berjuta kekuatan yang ada untuk berbicara dengan emaknya kerana dia bimbang emaknya akan memarahi dirinya lagi.
Moga kakak dapat Hidayah dari Allah swt.
p/s:karya ini sebenarnya telah dicipta pada 21 April 2011 lalu yang bertajuk:ARYANA SAYANG KALIAN.
Tetapi kini pembaharuan telah dilakukan dengan menambahbaikan ayat-ayat dan jalan cerita yang digunakan.
Tajuk juga telah ditukar menjadi :Takdir Aryana.
~ cerpen ini tiada langsung kiatan dengan yang hidup atau yang telah mati~
nurhidayahmd.ali.
No comments:
Post a Comment