aku takut,
banyak dan tebal--
keliling aku
penuh hati-hati kelabu
aku takut--
depan bertopeng cantik,indah
belakang bertopeng hantu,kejam,binatang
berapa ramai yang aku nampak
tunduk,patuh,terima
namun,
di belakang penuh kata-nista dusta
mana harga diri kawan?
simpan mana?
aku takut--
dijadi bahan,dihina tak ada hati
berapa ramai yang begitu?
pilih untuk bergerak di belakang
siapa yang nampak
kalau jalan gelap yang dipilih?
kenapa tiada guna yang bercahaya?
takut dengan bayang sendiri.,
punah.
aku takut--
muka-muka hipokrit
aku takut--
aku hilang sifat manusia
pergi pada dia
jadi hantu tak kenal mati
ya,
aku takut--
[PAUSE]
aku takut--
kedepan melangkah
aku takut--
bersama yang lain.
aku takut--
aku dijadikan bahan
ekperimen barangkali
mana lagi aku nak simpan?
hati ini,diri ini
bimbang,
aku takut--
aku tersungkur,rebah
mati belum masanya
lagi apa cara yang aku ada?
lagi apa yang perlu aku buat?
aku takut--
sebab aku tak kuat,
aku takut--
andai yang bilang PARANOID punya aku
tapi,ini bukan dan tidak
aku yang nampak,..
yang sentuh,..
yang lihat,..
dan aku guna
mata hati aku
biar tertapis
tapi,
kenapa macam tu kalian?
[PAUSE]
aku takut--
aku berhenti berdoa,
aku angkat tangah,
serah diri.
biar dipijak,dicerca
aku takut--
untuk masa kedepan
tiada langsung tiang
dahan untuk paut
apa aku mampu?
aku takut--
namun,
ini yang ada tika ini
aku pilih,
biar diam..
bangun pagi,mohon pada DIA
moga dipinjamkan kekuatan
berilah apa sahaja
supaya aku bertahan
kerna ini jalanya aku
DIA yang beri
redha aku kena kuat.
tolonglah..
aku takut--
aku takut--
betul,
andai dan andai
dan,
kalau aku tahu jalan ini pahit dan duri,
aku tak pilih untuk besar dewasa,
biar kecil selamanya,
biar tak kahwin,
biar tak punya kerja dan
biar tak bercinta dan bahagia,
yang penting cuma,
AKU TAK LAGI TAKUT..
aku kuat.
aku tabah.
aku bahagia.
aku gembira.
bukankah kuat,tabah,bahagia,gembira itu buat aku tak takut?
ah,
sudah.
ALLAH aku ada.
sabar saja dulu.
No comments:
Post a Comment